Malaysia memainkan peraanan penting dalam OIC. Antaranya ialah
Menghantar pasukan perubatan
ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan
Negara yang bergolak seperti Luban, Bosnia, Afghanistan akan diberi bantuan berbentuk makanan dan perubatan bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat dan kerajaan negara berkenaan.
2. Bantuan kewangan kepada
negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad
Bagi negara-negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam yang ramai, OIC akan menghantar bantuan kewangan bagi membantu pembangunan dan menaikkan taraf hidup rakyat mereka
3. OIC menubuhkan Bank
Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota
Bank Pembangunan Islam atau (Inggeris:Islamic Development Bank) merupakan satu institusi pembangunan kewangan pelbagai hala terletak di Jeddah, Arab Saudi. Cadangan penubuhan bank ini berlaku ketika penemuaan menter-menteri kewangan negara-negara Islam di Sidang Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC yang pertama pada 18 Disember 1973, bersamaan 23 Zulkaedah 1393 Hijrah. Aktiviti bank bermula pada 20 Oktober 1975, bersamaan 15 Syawal 1395 Hijrah. Terdapat 56 negara sebagai pemegang saham di dalam bank ini.
Selain Jeddah menjadi pusat operasi, Bank Pembangunan Islam juga terdapat pejabat-pejabat serantau yang terletak di Rabat,Maghribi; Kuala Lumpur, Malaysia;Almaty, Kazakhstan dan Dakar, Senegal. Bank ini juga mempunyai wakil bidang dari negara-negara seperti Afghanistan, Azerbaijan, Bangladesh, Guinea Conakry, Indonesia, Iran, Nigeria, Pakistan, Sierra Leone, Sudan, Uzbekistan dan Yemen.
PEMEGANG SAHAM
Arab Saudi merupakan sebagai pemegang saham yang terbesar di bank ini.[1] Libya merupakan negara kedua pemegang saham terbesar, manakala Iran yang ketiga terbesar.
Berikut adalah pemegang-pemegang saham yang lain (mengikut benua dan turutan nilai saham yang dipegang):
Afrika
Nigeria
Algeria
Mesir
Algeria
Maghribi
Sudan
Gabon
Senegal
Cameroon
Guinea
Burkina Faso
Niger
Uganda
Benin
Tunisia
Mali
Chad
Mauritania
Gambia
Mozambique
Djibouti
Guinea-Bissau
Sierra Leone
Somalia
Togo
Comoros
Cote d'Ivoire
Asia
U.A.E.
Qatar
Kuwait
Pakistan
Indonesia
Malaysia
Bangladesh
Yemen
Jordan
Oman
Iraq
Brunei
Bahrain
Palestine
Kazakhstan
Syria
Azerbaijan
Afghanistan
Lebanon
Kyrgyzstan
Maldives
Tajikistan
Turkmenistan
Uzbekistan
Amerika Selatan
Suriname
Eropah
Turkey
Albania
MALAYSIA SEBAGAI AHLI LEMBAGA
Ibu pejabat Bank Pembangunan Islam bagi rantau Asia Pasifik, terletak di Menara Bank Pembangunan,Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Malaysia diwakili oleh Perdana Menteri Dato Sri' Mohd Najib bin Abdul Razak sebagai ketua kerajaan. Wakil Malaysia menjadi Lembaga Pengarah Eksekutif, dikerusi oleh Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.
Bekas Perdana Menteri keempat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempengerusikan Suruhanjaya Wawasan 1440H Bank Pembangunan Islam yang dibentuk pada 5 Februari 2005.